jump over navigation bar
Embassy SealUS Department of State
U.S. Embassy Singapore - Home flag graphic
U.S. - Singapore Relations
 
  US-Singapore Relations 2008 2007 2006 2005 2004 2003 US-Singapore Free Trade Agreement

TINDAKAN GLOBAL KUNCI ATASI PENGGANAS

Berita Harian Article
March 11, 2004

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Encik Tom Ridge, menyampaikan ceramah bertajuk 'Memerangi Pengganasan Sejagat: Keselamatan dan Kerjasama dalam Abad Ke-21' kelmarin di majlis anjuran Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik sebagai sebahagian daripada rangka lawatan beliau ke Singapura. Berikut sedutan ceramah beliau.

RAKYAT Amerika Syarikat tahu kami akan sentiasa mempunyai jalinan dan persahabatan dengan rakan-rakan antarabangsa kami - di rantau Asia Pasifik dan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - di bawah satu budaya kerjasama yang sebenar.

Ini penting kerana kita semua tahu daripada serangan pengganas di Amerika, Bali, Istanbul, Riyadh, dalam insiden kemusnahan dan kecemasan yang berlaku setiap hari, bahawa pengganasan adalah anasir sejagat, bukan serantau.

Dan musuh global memerlukan tindakan global.

Berdasarkan ketetapan dan keinginan, Amerika, sejak dulu lagi dan seterusnya, akan dihubungkan dengan dunia luar.

Jalinan hubungan dunia hari ini merangkumi banyak sektor - ketenteraan, ekonomi, pendidikan dan ya, keselamatan tanah air atau domestik.

Tidak ada negara yang benar-benar selamat tanpa kerjasama dan komitmen serupa daripada pihak-pihak lain.

Keadaan saling memerlukan ini sesuatu yang baik. Ia membantu kita mencapai taraf lebih tinggi.

Ia memacu dasar-dasar global yang membentuk tunggak kembar keselamatan dan kesejahteraan.

Ia mendesak kita agar bersikap inovatif dan bersatu dalam pendekatan terhadap keselamatan.

Dan ini akan melenyapkan apa yang diinginkan pengganas, iaitu perpecahan.

Tetapi mereka tidak akan membuat kita lupa tentang matlamat untuk menundukkan mereka, yang dikongsi bersama.

Untuk berjaya, kita perlukan komitmen dan tekad sejagat.

Dan inilah yang kita saksikan berlaku di dunia.

Sejak peristiwa 11 September, sebuah persekutuan tidak rasmi yang dianggotai hampir 70 negara mula berkerjasama dalam bidang-bidang penting seperti penguatkuasaan undang-un dang, perkongsian maklumat, keselamatan pengangkutan, keselamatan siber dan rampasan aset kewangan.

Beberapa bulan selepas peristiwa 11 September, Singapura mengelak kejadian serupa apabila sekumpulan pengganas yang merancang satu siri serangan di sini dibantutkan berkat kewaspadaan Singapura.

Para pengganas berniat untuk memporak-perandakan anda dan kami.

Reaksi Singapura tegas seperti yang dijangka; anda menyiasat dan menyelongkar sayap (kumpulan pengganas) itu.

Dan seperti Amerika dan banyak lagi negara, anda mengetatkan kawalan imigresen, menge nalkan langkah-langkah keselamatan baru dan dalam masa yang sama mempertahankan sikap terbuka dan kepelbagaian budaya anda.

Oleh itu, Singapura telah bersifat aktif, berani dan menjadi anggota utama dalam persekutuan global ini. Anda sendiri berjaya memberkas ramai anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI), kumpulan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda yang dipercayai bertanggungjawab ke atas pengeboman di Bali pada 2002.

Negara-negara lain Asia Tenggara juga memainkan peranan utama.

Penangkapan Hambali di Thailand adalah satu lagi contoh perkongsian kepimpinan dan komitmen, maklumat dan kerjasama, kerana dengan bersatu, negara-negara Asia Pasifik berjaya menemukan salah seorang pengganas kejam di dunia.

Kepada para pengganas yang terus berusaha membawa kemusnahan di dunia: Saya katakan kepada anda bahawa senjata-senjata anda akan dimusnahkan; taktik anda akan dileraikan.

Tidak kira dalam bentuk apa pun, anda menconteng arang di muka manusia sejagat.

Dalam isu ini, dunia telah bersatu dan kami akan menjejak kamu.

Ada pengganas yang cuba berselindung di balik agama. Mereka dakwa bermatlamat keislaman.

Tetapi apabila kita melihat gambar-gambar penganut Islam yang tidak bersalah terbunuh dan cedera di tempat-tempat seperti Jakarta, Riyadh, dan baru minggu lepas di Iraq, kita lihat kemusnahan yang ditimpakan ke atas negara-negara Islam oleh para pengganas itu sendiri.

Jadi, dalam fikiran kami, ia perlakuan yang tidak berpegangan dan jijik.

Seperti yang diiktiraf oleh banyak pihak, kita sudah melangkah ke medan peperangan yang jauh lebih kejam, yang berpotensi mempunyai kesudahan yang lebih dahsyat. Pengganasan antarabangsa adalah ancaman baru sejagat.

Buat pertama kali dalam sejarah kemanusiaan, anggota sebuah kumpulan kecil yang dilengkapkan dengan senjata pemusnah raya boleh mencetus kemusnahan di bandar-bandar dan negara-negara kita.

Hari ini, masyarakat antarabangsa berdepan dengan dua realiti berkaitan keselamatan antarabangsa.

Pertama, realiti bahawa pengganas dilindungi negara-negara yang terpinggir atau di negara-negara yang menghadapi keruntuhan pemerintah dan rantau-rantau kurang stabil.

Dan kedua, realiti bahawa pengganas sudah memperolehi senjata-senjata dengan pelbagai skala dan skop, dibina dan diuji di kem-kem - tempat persembunyian mereka di kawasan padang pasir dan pergunungan.

Beberapa minit selepas pesawat kedua merempuh Pusat Dagangan Dunia, rakyat Amerika tahu taktik dan peralatan peperangan sebelum ini tidak lagi berkesan.

Kami tahu, untuk mengawal negara kami, kami perlu menyesuaikan diri, cepat berinovasi dan pantas bertindak, seperti kumpulan para pengganas baru sekarang.

Kami perlu memerangi musuh abad ke-21 ini dengan berani, secara menyeluruh dan dengan kaedah abad ke-21.

Itulah sebabnya Presiden (George W. Bush) membentuk Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, untuk menjadikan keselamatan menyeluruh rakyat kami, kepentingan utama negara.

Keselamatan Dalam Negeri adalah satu usaha padu, satu strategi kebangsaan.

Peranan kami ialah memimpin, tetapi Washington tidak akan dan tidak boleh mengurus secara terperinci pengawalan seluruh negara.

Sebaliknya, ia mestilah menjadi keutamaan di setiap bandar, setiap kejiranan dan setiap rumah di serata Amerika. Kepimpinan harus wujud di setiap peringkat.

Di negara saya dan anda, di negara-negara Asia dan di dunia, kita bertuah kerana adanya ikatan nilai-nilai dan kewaspadaan. Kita sama-sama bertekad dan membuat penentuan sendiri.

Oleh itu, kami tidak akan berehat, kami tidak akan berganjak, kami tidak akan menyerah kalah dalam memerangi pengganasan antarabangsa.

Amerika bangga untuk bersama-sama Singapura sebagai rakan kongsi penuh dan rakan mesra dalam usaha ini.

back to top ^

Page Tools:

Printer_icon.gif Print this article



 

    This site is managed by the U.S. Department of State.
    External links to other Internet sites should not be construed as an endorsement of the views or privacy policies contained therein.


Embassy of the United States